Tuesday, October 20, 2009

KARYA KU / MY ARTWORK

Tajuk : Garisan membina bentuk
Bahan : Besi
Ukuran : 24 cm X 24 cm X 185 cm
Harga : 3,000.00
Tahun : 2009
Pengarca : Rohasmezan Bin Hashim

Tittle : Line to create form
Medium : Metal
Dimension : 24 cm X 24 cm X 185 cm
Price : 3,000.00
Year : 2009
Sculptor : Rohasmezan Bin Hashim

Di atas adalah gambar karya Rohasmezan Bin Hashim yang mengikuti pertandingan dan pameran Karya Pilihan Negeri Sabah 2009 / Picture shown the Rohasmezan Bin Hashim artwork that had been selected for Sabah Selected Artwork Exhibition 2009.

Pernyataan Karya ;
Pengarca mendapat idea dari pengalaman dalam mempelajari Pendidikan Seni Visual. Pengarca mengkaji konsep formalistik di dalam arca. Pengarca memilih garisan sebagai subjek kajian kerana setiap aktiviti seni visual yang dijalankan oleh setiap artis akan bermula dari garisan. Pelbagai jenis garisan diolah oleh pengarca dengan mengunakan media besi iaitu rod besi. Ada garisan menegak, garisan melintang, garisan menyerong, garisan lurus, garisan bengkok, dan garisan yang beralun. Dari olahan garisan-garisan iaitu Unsur Seni terhasilah Prinsip Rekaan iaitu Prinsip Rekaan bergabung menghasilkan bentuk arca. Pengarca mengunakan teknik kimpalan untuk menghasilkan arca. Iaitu mengolah garisan tiga dimensi menjadi garisan yang pelbagai sifatnya dan dicantumkan dengan mengunakan teknik kimpalan. Pengarca memilih media besi dan teknik kimpalan kerana besi merupakan bahan yang kukuh, walaupun ia dalam bentuk rod besi. Teknik kimpalan adalah salah satu teknik yang sesuai untuk mencantumkan rod besi.

Makna atau mesej yang ingin disampaikan oleh pengarca ialah keinginan untuk menambahkan lagi hasil karya arca yang bergaya abstrak di dalam senario seni rupa di negeri Sabah. Pengarca juga ingin membawa penghayat seni iaitu masyarakat, pendidik seni, pengkritik seni, pensejarah seni dan penaung seni untuk mendalami unsur formalistik yang terdapat dalam karya Seni Halus. Unsur formalistik sangat penting dalam kehidupan seharian manusia kerana ia adalah asas kepada pembentukan segala objek yang terdapat di dunia ini.

Artist statement ;
Sculptor gets idea from experience in study visual art. Sculptor study formalistic concept in sculpture. Sculptor has choose line to be a subject matter because all visual art activities will start with line. There are many types of line can be manipulate by sculptor using metal rod. There are vertical line, horizontal line, slanting line, straight line, curve line and wavy line. From lines manipulated (Element of art),its create the Principal of arts that unite to be the sculpture form. Sculptor using welding technique to build the sculpture. Its manipulate three dimension line with multiple character and combine with welding technique. Sculptor choose steel medium and welding technique because Steel is a strongly built medium, although its in a rod form. A welding technique is the one of many suitable sculpture technique to joint the steel rod.

The content or message that sculptor want to present is eagerness feel to increase the total of abstract sculpture in Sabah. Sculptor also want to attract viewer from society, educators, art critics, art historian, and art shades to obtain a deep understanding of formalistic elements in artwork. The formalistic elements are very important in human life because its a basic things to formation all object in this world.

Oleh / by ; rohasmezanhashim@yahoo.com.my - 21102009

karya pilihan tahunan sabah 2009 / sabah selected artwork 2009


muka depan risalah pameran / front page cover exhibition brochure


- Bahasa Melayu ;
Karya pilihan tahunan negeri sabah 2009 telah dirasmikan oleh Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah pada 20 Oktober 2009 di The Pacific Sutera Grand Ballroom, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Seramai 224 orang mengikuti pertandingan ini. Dalam pertandingan dan pameran ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu A (Menengah Rendah), B (Menengah Tinggi) dan C (Terbuka). Pengkarya-pengkarya yang mengikuti Kategori C adalah Rohasmezan Bin Hashim, Hwang Kaai Yee, Beatracey Bt. Bily, Jekaril Bin Jinggom, Maziah Bt. Abas, Maikol Bin Yapat, Rayland Henry Gusi, Freddie Tsen Vui Lik, Lee Yuen Ju, Juliah Bt. Jamateh, Maduni Majidin, Chrisna Pindah, Chong Yee Leong, Sameul Senabun, Anita Dee Majanil, Asnedi Bin Maduni, Jamadih Latip, Nare @ Nur Izzati Bt. Ambotang, Daiman Bona, Husman Bin Razak, Johnny Poresai @ Mohd Hafiz Abdullah, Maurice Bin Wilfred, Kok Shing Nee, Muhammad Zaen Bin Ismail, Hasliza Bte Kimin, Lianna John, Wenceslaus Dawanson, Salastin Adong, Maturin Bin Mohamad, Malvin Tan Ping, Wong Sui Sing, Liah Bt. Norisi, Sinoreta Bt. Ukon, Clarence Ivy Mahan, Mohd Shaari Bin Saleh, Goh Bee Kee, Nur Amdi Bin Sarip, Lew Chooi Ngor, Voo Fui Ha, Lim Fong Horng, Dilys Lee Kin Li, Mohd Jainul Bin Salim, Toney Gondolos, Mastini Asap, Said Himran Bin Sairan, Gomissin Bin Goliun, Datin DK Maimun Pg. Bagul, Galdius Axient Bin Ganting, Kuan Shin Liang, Sedin Hj. Sharid, Jamarinus Ongui, Sitti Binti Asgal, Ag. Abdul Hamid, Jims Abarkis, Aidi Tambisan, Kok Shyan Sheng, Mohd Lahun B. Ladjahon, Molly Binti Gunang, Lakim Hj. Kassim, Ibno Raji Bin Lintasan, Ag. Mahadi Ag. Mahmud, Muhd Huzaimih Syariff, Irwan Azman Bin Awang, Azlan Bin Dulikab, Zaimie Sahibil, Mohd Zulwawi Hashim, Adrian Dominic Ho Fui Ken, Tan Tze Sian, Chan Mei Shin, Nicole Lai Yi Rong, Mohd. Amin Muhidin, Rosmaini Bin Sunarjo, Liew Ket Boh, Vianna Ho Fui Len, Anwar Mahmud, Hamzah Razak, Donny Anthony, Khadijah Bt. Mahani, Suffary Bin Ahmad Yusof, Arthur Stephen Siowou, Ng Sok Yi, Magdelina Bt. Simban, Tong Sze Fung, Silvester @ Sylvester Bin Ikun, Jainal Amambing, Abdullah Akop, Lim Lee Hwa @ Quirin Vincent, Faizul Bin Mat Kamil dan Ag. Fadilah Bin Ali Hussein.

- English language ;
Sabah Selected Artwork 2009 exhibition was launched by Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah on Oktober 20, 2009 at The Pacific Sutera Grand Ballroom, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. 224 artists have joint in this competition and exhibition. In this competition and exhibition, there are three category A (Lower Secondary School), B (Upper Secondary School) and C (Open). Artists that were selected in this exhibition in category C ; Rohasmezan Bin Hashim, Hwang Kaai Yee, Beatracey Bt. Bily, Jekaril Bin Jinggom, Maziah Bt. Abas, Maikol Bin Yapat, Rayland Henry Gusi, Freddie Tsen Vui Lik, Lee Yuen Ju, Juliah Bt. Jamateh, Maduni Majidin, Chrisna Pindah, Chong Yee Leong, Sameul Senabun, Anita Dee Majanil, Asnedi Bin Maduni, Jamadih Latip, Nare @ Nur Izzati Bt. Ambotang, Daiman Bona, Husman Bin Razak, Johnny Poresai @ Mohd Hafiz Abdullah, Maurice Bin Wilfred, Kok Shing Nee, Muhammad Zaen Bin Ismail, Hasliza Bte Kimin, Lianna John, Wenceslaus Dawanson, Salastin Adong, Maturin Bin Mohamad, Malvin Tan Ping, Wong Sui Sing, Liah Bt. Norisi, Sinoreta Bt. Ukon, Clarence Ivy Mahan, Mohd Shaari Bin Saleh, Goh Bee Kee, Nur Amdi Bin Sarip, Lew Chooi Ngor, Voo Fui Ha, Lim Fong Horng, Dilys Lee Kin Li, Mohd Jainul Bin Salim, Toney Gondolos, Mastini Asap, Said Himran Bin Sairan, Gomissin Bin Goliun, Datin DK Maimun Pg. Bagul, Galdius Axient Bin Ganting, Kuan Shin Liang, Sedin Hj. Sharid, Jamarinus Ongui, Sitti Binti Asgal, Ag. Abdul Hamid, Jims Abarkis, Aidi Tambisan, Kok Shyan Sheng, Mohd Lahun B. Ladjahon, Molly Binti Gunang, Lakim Hj. Kassim, Ibno Raji Bin Lintasan, Ag. Mahadi Ag. Mahmud, Muhd Huzaimih Syariff, Irwan Azman Bin Awang, Azlan Bin Dulikab, Zaimie Sahibil, Mohd Zulwawi Hashim, Adrian Dominic Ho Fui Ken, Tan Tze Sian, Chan Mei Shin, Nicole Lai Yi Rong, Mohd. Amin Muhidin, Rosmaini Bin Sunarjo, Liew Ket Boh, Vianna Ho Fui Len, Anwar Mahmud, Hamzah Razak, Donny Anthony, Khadijah Bt. Mahani, Suffary Bin Ahmad Yusof, Arthur Stephen Siowou, Ng Sok Yi, Magdelina Bt. Simban, Tong Sze Fung, Silvester @ Sylvester Bin Ikun, Jainal Amambing, Abdullah Akop, Lim Lee Hwa @ Quirin Vincent, Faizul Bin Mat Kamil and Ag. Fadilah Bin Ali Hussein.

oleh / by ; rohasmezanhashim@yahoo.com.my - 20102009